Popular Posts

Tuesday, February 14, 2012

Anak Whitney Houston Ditahan Wad


Susunan oleh Razif Rosdi
Foto Kredit oleh getty images

LOS ANGELES, 14 FEBRUARI 2012 : Sungguhpun polis masih lagi menyiasat mengetahui punca sebenar kematian penyanyi Whitney Housten, anak perempuan penyanyi popular berkenaan, Bobbi Kristina Brown pula telah dilaporkan di tahan dalam wad hospital akibat terkejut dengan berita pemergian ibunya itu.

Difahamkan, anak perempuan Whitney dengan bekas suaminya, Bobby Brown Houston, telah dihantar ke hospital Cedar-Sinai pada jam 10.30 pagi Ahad lalu atas ujuan perubatan.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga Whitney, Kristina yang berusia 18 tahun mengalami masalah tekanan.

Sehubungan itu, pegawai polis dari Beverly Hills, Kapten John Kades, menerangkan ujian toksikologi ke atas penyanyi mungkin mengambil sedikit masa lagi.

Namun, bedah siasat sudah pun dimulai semalam dan pihak polis telah mengesahkan bahawa mayat Whitney dijumpai dalam tab mandi di bilik Hotel Beverly Hilton.

Walau bagaimanapun, polis enggan menyatakan sama ada penyanyi ini mati lemas ataupun sebaliknya.

Sebelum ditemui mati, Whitney difahamkan telah menghadiri satu sesi latihan untuk parti pra-anugerah Grammy.

Whitney yang dikenali sebagai Ratu Pop era 1980an dengan album sulung yang popular di seluruh dunia, pernah dilaporkan bertarung hidup atas masalah peribadi berkaitan dengan alkohol, pil dan kokain.

Ketika ini, sebuah kuil kecil telah dibina di luar hotel mayat Whitney dijumpai dengan berlambakan bunga, lilin dan nota penghargaan dari peminat buat pemergian pelantun lagu
Greatest Love of All.

Sementara itu, bekas suami Whitney, Bobby Brown, dilaporkan telah membuat persembahan di Mississippi selepas Whitney mati.

Sebaik saja dia mendapat tahu berita kematian itu, Bobby secara ikhlas telah memberitahu penonton yang hadir menyaksikan persembahannya bahawa dia terlalu ingin mengatakan bahawa dia sangat mencintai Whitney.



No comments:

Post a Comment